Komuniti PERMAI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Komuniti PERMAI

Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI)
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Makluman
PERHATIAN

Anda diminta untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum berforum. Pendaftaran boleh dibuat dengan menekan butang "REGISTER" dan mengisi data yang dikehendaki. Tanpa pendaftaran, anda terhalang daripada berforum di sini.

SISTEM EMEL AUTOMATIK
Forum ini menggunakan sistem emel automatik di mana setiap ahli akan menerima emel berkenaan setiap topik yang baru dibuka ataupun balasan dari topik sedia ada. Ini akan menyebabkan lambakan emel daripada forum ini.

Malangnya kami di pihak Admin tidak mempunyai kuasa untuk mengubah situasi ini.

Anda boleh menghentikan penghantaran emel tersebut dengan :

  • Memilih "Stop watching this topic" setiap kali anda membaca topik terbaru

  • Pada tab, pilih Profile > Preferences : Pilih "no" untuk kotak ke 6 dan 10
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --
iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeWed May 05, 2010 12:29 am by pembangunanRohani

» kehilangan bola jaring
iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeSat Apr 10, 2010 8:15 pm by soleha

» TAFAQUH FID-DIN
iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeThu Feb 04, 2010 11:22 pm by pembangunanRohani

» INTROSPEKSI DIRI ANDA
iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeFri Jan 22, 2010 5:45 am by pembangunanRohani

» Tiket Penerbangan Murah
iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeSat Dec 26, 2009 11:22 am by ayahpa

» can girls pray in pants ?
iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeWed Dec 23, 2009 12:10 am by lingokeling

» Penduduk lihat hukuman rejam..HUDUD?
iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeSat Dec 19, 2009 11:13 pm by taZ

» Perubahan Mentaliti
iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeThu Dec 17, 2009 8:35 am by mahasiswa

» Kartika Sari Dewi Shukarno - menyepi?
iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeFri Nov 27, 2009 12:54 am by detective_nma

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests

None

Most users ever online was 37 on Thu Oct 24, 2024 6:20 pm
Poll

 

 iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --

Go down 
AuthorMessage
pembangunanRohani




Posts : 27
Join date : 15/12/2009

iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- Empty
PostSubject: iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --   iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeTue Apr 13, 2010 3:59 am

Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11;
Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Daripada Abu Darda', bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda
''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak"

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

[You must be registered and logged in to see this link.]
Back to top Go down
pembangunanRohani




Posts : 27
Join date : 15/12/2009

iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- Empty
PostSubject: iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --   iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeTue Apr 13, 2010 4:18 am

Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari Allah. dan 4 golongan tersebut ialah ; 1) Orang yang bertanya 2) Orang yang mengajar 3) Orang yang mendengar 4) Orang yang cinta orang yang berada dalam majlis ilmu.

Maka jelaslah, betapa mudahnya kita untuk mendapat ganjaran dari majlis ilmu. Dengan hanya menyukai orang-orang yang pergi ke majlis ilmu, kita dengan mudahnya telah tergolong dalam 4 golongan yang diredhai Allah.

Dalam konteks pelajar, ilmu yang dipelajari hendaklah seimbang dunia dan akhirat. Di dalam kesibukan kita mempelajari ilmu-ilmu dunia, ilmu akhirat juga penting untuk menjadi pelengkap kehidupan manusia. Usrah-usrah dan kuliah- kuliah yang adalah peluang yang baik untuk kita seimbangkan ilmu dunia dan di akhirat. Disinilah keberkatan ilmu dapat disemai dan yang menjadi penyuluh manusia didunia. Wallahua'lam.


berPERMAI hingga ke syurga

[ISLAM SULUKUL HAYAH]


Last edited by pembangunanRohani on Tue Apr 13, 2010 5:29 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
pembangunanRohani




Posts : 27
Join date : 15/12/2009

iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- Empty
PostSubject: iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --   iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeTue Apr 13, 2010 5:23 am

12 APRIL 2010_7.45-7.55 malam_warung ust DIN
kehadiran : 10 orang...
muzakir : Naqeb b Sulaiman

tajuk: PERHENTIAN


alhamdulillah..
sama-sama sematkan kesyukuran.
dalam sedar tak sedar..ketika makan makanan setiap hari di warung Din, hati kita sendiri sebenarnya meronta untuk makanan rohani.
kita sibuk meletakkan keperluan akal dan minda untuk menghafal segala nota dan dalil-dalil tapi iman kita menjerit kerana rasa kekeringan.

berapalah nilai kehidupan?hidup ni,kalau kita da terlalu banyak berlari,kita sampai terlupa matlamat.sehingga ada yang menjadikan dunia sebagai matlamat dunia ini ialah perhentian. dunia adalah alamat bahawa ada alam lain dan ada pencipta.
siapa yang menjadikan dunia sebagai matlamat, ibarat orang yang drpd johor bahru hendak pergi ke perlis tetapi singgah di sebuah hentian di tengah-tengah perjalanan. beliau singgah lama di situ sehingga terlupa bahawa sebenarnya dia mahu pergi ke perlis.
begitulah dunia, kalau kita sibuk mengejar dan leka dgn dunia, akhirnya kita terlupa apa sebenarnya yg kita mahukan.maka kita akan tidak bersedia untuk berlepas ke destinasi terakhir kita.

soal perhentian yg nak dibawa adalah soal muhasabah.
ada org bermuhasabah dirinya apabila datang kesusahan dan dia letak perhentian dirinya di tempat 'PUTUS ASA' atau 'FUTUR'. maka dia berhenti dalam perjalanan kerana tidak bersedia atau habis tenaga.
akibat kecuaian dirinya kerana berlebih-lebihan dalam perhentian.

sebagai muslim, ada kalanya kita susah tetapi kita akan sampai ke puncak juga.kalau di lihat nikmat Allah, kalau Saidina Umar, sebelum tidur beliau akan menyemak kembali amalan beliau pada hari itu.jika ada kebaikan, maka dia letakkan kebaikan itu pada kadar kesyukuran dan mencitakan esok adalah lebih baik.jika ada terdapat dosa hari itu, beliau letakkan hukuman buat dirinya supaya tidak dihukum mudah-mudahan di akhirat kelak.

kita pula selalu menghukum orang lain,bukan menghukum diri padahal ita tidak pun menilai diri kita sendiri. janganlah kita sibuk mencari kesalahan orang lain seperti firman Allah dalam Al-HUjurat.

dalam perhentian kita di dunia ini, kita jangan lupa bermuhasabah.
muhasabahlah untuk membuat perubahan.
kerana dunia kita ini sentiasa berubah.walau kita tidak tidak berubah,tetapi keadaan sekeliling tetap akan berubah.akhirnya lambat laun kita yang TERpaksa berubah.
jangan kita menjadi orang yang bersikap "reactive".bertindak apabila ada stimulus ke atas kita. seperti apabila sudah banyak kes buang bayi, barulah timbul "KAMI PRIHATIN".bagaimana kalau segala pendidikan yang sepatutnya diterapkan sejak sekolah lagi?

jadikan dunia sebagai ladang untuk akhirat. dan janganlah kita mahu yang terbaik untuk diri kita sahaja,malah kajayaan yang terbesar adalah apabila kita berjaya berkongsi perkara yang terbaik itu dengan semua orang.

external link : [You must be registered and logged in to see this link.]
[_AYUH KOREKSI DIRI_]


Last edited by pembangunanRohani on Sat Apr 17, 2010 3:09 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
pembangunanRohani




Posts : 27
Join date : 15/12/2009

iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- Empty
PostSubject: iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --   iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeFri Apr 16, 2010 12:13 pm

14 APRIL 2010_7.45-7.55 malam_warung ust DIN
kehadiran : 15 orang...
muzakir : Aizat AMirudin

tajuk: HADIS-bersegeralah beramal!
(baajiru bila3mal... )

Rasulullah saw. pernah menyampaikan nasihat tersebut melalui Abu Hurairah r.a. "Segeralah melalukan amal soleh. Akan terjadi fitnah besar bagaikan gelap malam yang sangat gelita. Ketika itu, seorang beriman di pagi hari, tiba-tiba kafir di petang hari. Beriman di petang hari, tiba-tiba kafir di pagi hari. Mereka menukar agama kerana sedikit keuntungan dunia."(HR. Muslim)


fitnah umumnya bermaksud kejahatan,bencana,tuduhan,ujian.
disini fitnah disebut spt mlm yg gelap gelita seperti irbid blackout yg kita tidak nampak apa-apa dan tidak tahu apa yg berlaku dan tidak nampak jalan.
fitnah dalam hadis ini menggambarkan fitnah yg manusia sedar keadaan itu tetapi tidak boleh nak keluar.

dalam hadis disebut: seorang lelaki itu pada paginya dalam keadaan beriman tetapi pada petangnya dalam keadaan kafir.bkn munafiq atau fasiq tetapi kafir, malah semuanya dalam satu hari sahaja.pelbagai perkara boleh menjuruskan kita kepada kejahatan dalam keadaan kita tidak sedar.
adakah perkara ini berlaku kepada diri kita?FITNAH, malam yg gelap gelita menunjukkan bahawa bukan seorang yg terlibat tetapi meliputi seluruh komuniti.adakah ini berlaku kpd kita disini??
dan kenapa boleh berlaku??kerana dia menjual agamanya demi untuk dapatkan dunia.sanggup gadaikan tanggungjawabnya kpd Allah disebabkan nak kejar bnde yg sementara ataupun lebih utamakan dunia drpd akhirat
eg: tidak bangun solat subuh walaupun sudah bangun dalam waktunya. ini menunjukkan betapa cintakan dunia dalam diri hingga lalai drpd tanggungjawab.

semua orang di Irbid ini terutamanya : dahulu, sebelum datang ke Jordan, tidak terlepas antara tujuannya adalah mendapatkan ilmu agama,barakah bumi anbia,menjadi baik,talaqi dengan syeikh, jadi tabib sejati.namun setelah bertahun2 berlalu..kita introspeksi balik diri kita, adakah tujuan ini masih ade dalam diri kita?dimana cita-cita kita dahulu sblm dtg ke sini?
malah kita kini menjadi makin teruk drpd sebelum ini. Dahulunya tidak pandai download & tonton movie,series ttp sekarang sudah lebih drpd itu.

dan akhirnya kita disini lebih banyak mendapat perkara yg tidak baik berbanding yang positif?apa sebenarnya puncanya?keadaan dri kita semakin teruk.
Imam Ghazali berkata : hati ini seperti gelas.kalau tidak diisi air,maka angin akan masuk.
dan berapa banyak yg kita luangkan utk Allah dalam sehari??sepatutnya hidup kita 24 hanyalah utk ALLAH.tetapi kenapa tidak?kerana semakin banyak perkara tidak elok sudah masuk dalam hati.


kita sentiasa hendakkan diri kita menjadi lebih baik tetapi kita tidak juga menjadi elok. Tahun-tahun yg bakal berlalu adalah hari-hari yg bakal kita lalui.
kalau kita tidak seimbangkan dgn perkara yg baik,,akhirnya kita tidak akan menjadi lebih baik,malah mungkin lebih teruk.

Rasulullah meninggalkan petua : baajiru bila3mal-bersegeralah dalam membuat kebaikan.kalau tidak,hidup kita bakal diisi dgn perkara yg tidak elok.mudah saja sifirnya.
kalau hidup kita sekarang sudah banyak yg tidak elok, apa yg perlu dibuat adalah mengurangkan yg tidak elok sambil menambah perkara-perkara yg elok.
dalam semua ibadah yg kita lakukan, memang kita mengejar pahala dan redha Allah tetapi juga, bagi menjaga hati dan jiwa kita supaya ingat kpd Allah taala. Sbb itulah segala ibadah itu rahmat,dengan sentiasa mengingati Allah.
kita perlu isi masa lapang dengan perkara2 elok spy tidak diisi dgn perkara sebaliknya.

sebab itulah kita perlu laksanakan MEKAP.dalam kita duduk bersama-sama mengingati Allah,tetapi itu pun susah.kemana perginya masa-masa kita?apakah yang lebih penting selain drpd mengingati Allah?
kalau kita tidak seimbangkan diri kita dengan perkara2 kebaikan,maka hanya unsur-unsur tidak baik akan menyerap masuk dlm jiwa kita dan akhirnya..kita akan graduate dalam keadaan yg lebih teruk drpd sebelum datang ke sini.
Wallahua3lam.

external link : [You must be registered and logged in to see this link.]

[_AYUH KOREKSI DIRI_]
Back to top Go down
pembangunanRohani




Posts : 27
Join date : 15/12/2009

iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- Empty
PostSubject: iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --   iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeTue Apr 20, 2010 2:14 am

19 APRIL 2010_7.45-7.55 malam_warung ust DIN
kehadiran : 10 orang...
muzakir : NIk Naim

tajuk: HADIS-NAFSU
Rasulullah SAW. bersabda:

لوكان لإبن أدم واد من مال لابتغى اليه ثانيا ولو كان له واديان لابتغى لهما ثالثا ولايملأ جوف ابن أدم الا الترب ويتوب الله من تاب.

“Andaikata anak Adam memiliki satu lembah berisi harta pasti dia berharap untuk mendapatkan lembah yang kedua. Dan seandainya ia telah memiliki dua lembah berisi harta, pastilah dia berharap lembah yang ke tiga. Tidak ada yang dapat memenuhi keinginan perut anak Adam kecuali tanah (mati dikubur). Allah menerima taubat setiap orang yang bertaubat kepada-Nya”. (HR: Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

manusia diciptakan dengan satu komponen iaitu NAFSU. dan berbezanya kita dengan binatang yg juga punyai nafsu adalah AKAL. Dalam Hadis, manusia yg telah diberikan suatu limpahan emas, sudah pastinya akan meminta yg kedua,dan seterusnya.
maksudnya disini, antara sifat nafsu adalah : TAMAK.

kita banyakkan muhasabah diri kita, adakah kita banyak melakukan perkara-perkara tidak elok dengan menuruti hawa nafsu? Sepertimana yg kita tahu, TAMAK merupakan salah satu sifat MAZMUMAH yg seharusnya dijauhi. Tetapi dalam hadis ini menyatakan, manusia itu tidak akan dapat lari drpd sifat tamak.
Tetapi Islam tidak biarkan umatnya dengan sifat itu begitu sahaja.Islam membenarkan sifat tamak ini pada MENUNTUT ILMU atau MENGERJAKAN KEBAIKAN.

Orang yg tamak dalam melakukan kebajikan,apa yg dibuat?dia akan sentiasa mahu melakukan kebajikan dan semakin bertambah-tambah dari hari ke hari.

Q: adakah tamak(sifat mazmumah) jika dihalakan kearah kebaikan, tamak tersebut akan menjadi sifat mahmudah?
A: Sifat tamak itu sendiri(mengikut tafsiran) adalah sifat mazmumah tetapi Islam memberi penyelesaian terhadap tamak iaitu dengan menghalakan sifat tersebut ke arah kebajikan.

Apa pula jalan keluar bagi menghilangkan nafsu tamak kita??
Adalah dengan PUASA.

perbanyakkanlah berpuasa terutamanya bagi semua syabab kerana kita biasa membuat keputusan berlandaskan nafsu dan puasa basically ialah menahan lapar & dahaga. Namun puasa juga termasuk MENAHAN SYAHWAT. Jihad yg paling besar sekali adalah jihad melawan nafsu. dan perkara paling ringan dan mudah dalam melawan nafsu adalah PUASA...


“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mampu untuk berkahwin, maka berkahwinlah. Kerana dengan berkahwin lebih dapat menahan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa; kerana puasa dapat mengekang syahwatnya.” [al-Bukhari]


[_AYUH KOREKSI DIRI_]


Last edited by pembangunanRohani on Mon Apr 26, 2010 11:53 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
pembangunanRohani




Posts : 27
Join date : 15/12/2009

iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- Empty
PostSubject: iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --   iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeFri Apr 23, 2010 3:13 am

21 APRIL 2010_7.45-7.55 malam_warung ust DIN
kehadiran : 18 orang...
muzakir : Muhammad Al Athiq Marzuki

tajuk: HADIS- KEMANISAN IMAN



قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

1.elemen pertama utk dapatkan kemanisan iman : (Allah & Rasul)
hendaklah Allah dan RasulNyaa lebih diutamakan/dicintai lebih dari segalanya.
menjadikan Allah dan rasul sebagai matlamat hidup dan mengutamakan kedua-duanya dalam setiap perkara.

2.elemen kedua utk dapatkan kemanisan iman : (peranan sahabat)
hendaklah dia mencintai saudara seagamanya kerana Allah. pilih sahabat yang baik,maka kita akan dapat jadi baik. persahabatan ibarat sesorang berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. bagi orang yg berkawan dengan tukang besi, nescaya dia akan mendapat bahang haba drpd pertukangan kawannya manakala bagi orang yg berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya akan mendapat wanginya wangian tersebut.

3.elemen ketiga utk dapatkan kemanisan iman : (peranan Diri)
hendaklah benci kembali kepada kejahilan sebagaimana dia benci dirinya dicampak ke neraka. benci kepada kerosakan lalu.


عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ ))

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.

Rasulullah berpesan kepada Ibn Abbas
-jaga hak Allah, maka Allah akan jaga kamu
-anggaplah Allah sentiasa dihadapanmu
-mintalah pertolongan drpd Allah


para sufi ada mengatakan : tidak akan bergerak sebiji zarah dengan dirinya sendiri melainkan dengan izin Allah.
makanya, tiada suatu pun di dunia ini sebenarnya mampu memberi manfaat atau mudarat kecuali dengan izin Allah


وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا))
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang,
nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak
menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap
menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu
ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.


sentiasalah mengingati Allah supaya Allah akan membantu kita sewaktu kita susah.


[_AYUH KOREKSI DIRI_]


Last edited by pembangunanRohani on Mon Apr 26, 2010 11:45 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
pembangunanRohani




Posts : 27
Join date : 15/12/2009

iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- Empty
PostSubject: iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --   iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeMon Apr 26, 2010 11:30 pm

jumaat-23 APRIL 2010_7.45-7.55 malam_warung ust DIN
kehadiran : 9 orang...
muzakir : Muhammad Amirul AMin

tajuk: Ujian dari Allah


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنْ الأَمْوالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرْ الصَّابِرِينَ
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أُوْلَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُهْتَدُونَ
“dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Q.S. al-Baqarah: 155-157)

Allah menguji manusia dengan 5 perkara:
1. dengan ketakutan.
-apabila kita ada pergi berperang,ketika itu Allah letakkan ketakutan dlm diri musuh kita.

2. dengan kelaparan
-hari ini Allah kurniakan kita dengan limpahan makanan. tapi cuba kita tengok di tempat-tempat yg kekurangan sumber makanan. eg: Palestin
-Allah juga uji kita dengan berpuasa setiap tahun.

3. dengan kekurangan harta
-ada antara kita yg ditimpa kecurian dan kehilangan. ada sahabat kita baru sahaja kehilangan laptop, dslr, wang, dll. Itu adalah sebahagian drpd ujian.

4. dengan jiwa
-contohnya sekarang dalam fatrah exam, masing-masing dalam keadaan tension. ada yg berKARISMA, sibuk dengan latihan.

5. dengan tanam-tanaman
-tanaman merupakan salah satu sumber keperluan manusia dari buah-buahan atau sayur-sayuran bagi tujuan menyara hidup dan perniagaan.

kesemua 5 perkara ini Allah uji kita. Allah telah berkata bahawa sesiapa yg bersabar dengan ujian aku ini,Alah akan kurniakan syurga baginya(berita baik).

Syurga adalah benda ghaib. Analoginya: ada orang telah berjanji akan memberi kita hadiah untuk hari birthday kita tapi semestinya tidak memberitahu apakah hadiah tersebut. dan bayangkan perasaan kita apabila mendapat hadiah yg sangat kita sukai.

dalam ayat seterusnya, bagi sesiapa yg ditimpa musibah, mereka berkata: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Di dalam musnad Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda,
"Tidaklah seorang hamba yang ditimpa musibah mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik," kecuali Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya dan akan memberikan kepadanya ganti yang lebih baik." (HR. Ahmad 3/27)

rasulullah sendiri menyebutnya walaupun hanya api lilin terpadam. Rasulullah berkata apajua yang menimpa umat muslimin itu adalah musibah.

ayat yg seterusnya Allah berkata mereka inilah orang-orang yg mendapat rahmat dan hidayah. Allah uji kita sedikit tapi Allah beri kita pelbagai kenikmatan.

Kalau kita sentiasa ingatkan Allah, insyaAllah Allah akan bantu kita.


[_AYUH KOREKSI DIRI_]
Back to top Go down
pembangunanRohani




Posts : 27
Join date : 15/12/2009

iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- Empty
PostSubject: iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --   iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeWed Apr 28, 2010 5:52 am

Isnin-26 APRIL 2010_7.45-7.55 malam_warung ust DIN
kehadiran : 12 orang...
muzakir : Aizat Amirudin

tajuk: TUJUAN HIDUP

Segala puji-pujian adalah hanya layak bagi Allah.ALL the praise is only for Allah~

Tujuan adalah fitrah. Allah sudah tetapkan bahawa manusia pasti akan membuat sesuatu atas tujuan atau kehendak tertentu. Analogi mudah :
-bagaimana bermain bola sepak tetapi tiada tiang gol?seolah-olah tiada matlamat dalam permainan tersebut. mengapa sibuk mengejar bola tetapi tidak tahu apa yg nak dibuat kepada bola tersebut?
-ibarat itu seperti kehidupan manusia juga.

hadis ke-12 matan 40 nawawi:

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا
.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

orang Islam buat kerja mesti ade faedah. bagi sesiapa pun baik muslim atau non-muslim, sebuah kerja mesti tahu matlamat akhir pekerjaan tersebut,barulah kerja itu akan menjadi berkualiti.

tapi berapa ramai yg hidup atas muka bumi ini tidak tahu matlamat hidup mereka?setiap hari menjalani circle-of-life;( iaitu rutin harian) yg sama setiap hari. Dan cuba kita sentakkan orang sebegini dengan soalan : Apakah tujuan sebenarnya kau hidup atas bumi ini?jika kerana rumah yg besar,maka kau sudah boleh mati selepas mendapatnya. Jika kerana wang 2 billion, maka kau sudah boleh mati setelah memperolehinya.
Kerana matlamat hidupnya sudah tercapai!..betapa singkatnya akal orang yg meletakkan harta sebagai matlamat hidupnya..

masih ramai yg tidak sedar hakikat kenapa dia datang ke atas muka bumi ini dan untuk apa dia berada di sini dan kemana dia akan pergi selepas ini?

kita Muslim menjadikan 3ubudiah dan mardhatillah sebagai matlamat. daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita akan kembali. bagi sesiapa yg punyai matlamat, hidup kita akan berorientasikan matlamat tersebut setiap hari.

Analoginya : orang yg berjalan di dalam hutan tanpa peta dan tak tahu apa-apa dan terus sahaja berjalan ke suatu tempat yg diketahui nam tempat tersebut tetapi tidak tahu bagaimana mahu pergi ke sana. Sudah tentunya kan sesat dan kalau sampai, adalah kebetulan semata-mata.
berlainan dengan orang yg memiliki peta yg tahu tempat yg mahu dituju, tahu selok belok ke sana. jikalau dia tersesat pun, dia masih boleh sampai ke destinasi kerana mempunyai guideline.

orang yg mempunyai matlamat ini tidak akan menyimpang dan kalau menyimpang pun, tidak akan jauh selagi dia tahu dan ingat matlamat hidup dia adalah untul Allah s.w.t.

adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab bagi mencapai matlamat kita buat hari ini?
adakah kita sudah melakukan tuntuan-tuntutan bagi mencapai matlamat itu?
jadi, apa yg perlu kita buat sekarang adalah bekerja ke arah matlamat kita!


[You must be registered and logged in to see this link.]

[_AYUH KOREKSI DIRI_]
Back to top Go down
pembangunanRohani




Posts : 27
Join date : 15/12/2009

iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- Empty
PostSubject: iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --   iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeTue May 04, 2010 3:08 am

RABU-28 APRIL 2010 7.45-7.55 malam_warung ust DIN
kehadiran : 4 orang . .
muzakkir : Shafiq Ali Shibramulisi

tajuk : the Power of Perception

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)

[_AYUH KOREKSI DIRI_]
Back to top Go down
pembangunanRohani




Posts : 27
Join date : 15/12/2009

iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- Empty
PostSubject: iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --   iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitimeWed May 05, 2010 12:29 am

ISNIN-03 MEI 2010 8.00-8.10 malam_warung ust DIN
kehadiran : 9 orang...
muzakkir : Umeir b Shaharom

tajuk : tentang hati

kita ini dinamakan introspeksi iman bertujuan melihat diri kita sendiri dan mudah-mudahan ada manfaat buat diri kita semua.

orang mukmin itu setiap tiga hari perlu kena ada pengisian untuk hatinya, tidak kiralah apa jua bidang sekali pun, hatta bidang agama. kerana ditakuti bidang agama yang dipelajari di jamiah itu hanyalah teori. Walaupun orang itu belajar kitab tasawuf tinggi, tetapi tidak cuba untuk menyucikan hatinya, ditakuti apa yang dipelajarinya itu hanyalah semata-mata ilmu teori.

tentang HATi...
antara sifat buruk nafsu kita adalah sifat RIAK, UJUB, TAKABUR, dan SUM'AH. kesemua ini adalah sifat mazmumah dan sangat dicela Allah. Tetapi kenapa semua itu adalah sifat tercela??
adalah seorang ulama' menyebut perkara ini dalam sebuah kitab : malabisul iblis_pakaian-pakaian iblis.

Semua perkara yan gdilarang Allah ada sebabnya. antara yang utama adalah :
-kesemua itu adalah sifat iblis
ketika Allah memerintahkan iblis dan malaikat supaya sujud kepada nabi Adam, semua sujud kecuali iblis. kata iblis: Aku diciptakan daripada api tapi Adam diciptakan daripada tanah.
sebab inilah Allah larang kita memiliki sifat tersebut kerana semua itu adalah sifat iblis.

diriwayatkan dalam sebuah cerita mengenai nabi musa pernah bertanya kepada iblis, kau tidak mahu beriman kepada Allah?Iblis berkata mahu, tetapi bagaimana?Nabi musa bermunajat kepada Allah dan mendapat jawapan. Nabi musa kemudian berjumpa iblis. Jika kau lakukan satu perkara ini, Allah akan ampunkan dosa-dosa kau dan kita akan sama-sama menjadi hamba yang beriman. Iblis bersetuju tetapi apa yg perlu dibuat?
Nabi Musa berkata : Kau(iblis) pergi kesuatu tempat, kubur nabi adam dan sujud kepada kubur nabi adam.
kata Iblis pula : Sedangkan adam ketika hidup aku tak mahu sujud kepadanya hingga aku dihalau keluar dari syurga. Inikan pula adam sudah mati, lagilah aku takkan sujud kepadanya.
-riwayat israiliyat(dengan pelbagai hujah ulama')

kesimpulan : dalam diri kita mestilah tiada sifat-sifat tercela sebegini dan kalau kita ada perangai sebegini,samalah kita berperangai syaitan.

MEKAP :

-walaupun ramai para senior dalam PERMAI,tetapi dalam kalangan para naqib mekap merupakan orang-orang muda. walaubagaimanapun, datanglah ke MEKAP/USRAH kita walaupun naqib itu semuanya muda-muda. Janganlah kita semnua bersikap MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI dan mengapakah kita tidak mahu membantu naqib MEKAP menjalankan pentarbiyahan di Irbid?

dalam Liqa Nuqaba' , ramai nuqaba' merungut kerana senior-senior acuh tak acuh dengan MEKAP yang kita jalankan.

Ayuhlah beri sokongan kepada Unit MEKAP PERMAI dengan bersungguh-sungguh menjalani MEKAP-(khas daripada pengerusi MEKAP)

[_AYUH KOREKSI DIRI_]
Back to top Go down
Sponsored content





iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- Empty
PostSubject: Re: iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --   iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 -- I_icon_minitime

Back to top Go down
 
iNTROSPEKSI iMAN -- semester 2 --
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» INTROSPEKSI DIRI ANDA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti PERMAI :: AGAMA-
Jump to: