Makluman | Anda diminta untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum berforum. Pendaftaran boleh dibuat dengan menekan butang "REGISTER" dan mengisi data yang dikehendaki. Tanpa pendaftaran, anda terhalang daripada berforum di sini. |
SISTEM EMEL AUTOMATIK | Forum ini menggunakan sistem emel automatik di mana setiap ahli akan menerima emel berkenaan setiap topik yang baru dibuka ataupun balasan dari topik sedia ada. Ini akan menyebabkan lambakan emel daripada forum ini.Malangnya kami di pihak Admin tidak mempunyai kuasa untuk mengubah situasi ini.Anda boleh menghentikan penghantaran emel tersebut dengan : - Memilih "Stop watching this topic" setiap kali anda membaca topik terbaru
- Pada tab, pilih Profile > Preferences : Pilih "no" untuk kotak ke 6 dan 10
|
Who is online? | In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests None Most users ever online was 37 on Thu Oct 24, 2024 6:20 pm |
|
| INTROSPEKSI DIRI ANDA | |
| | Author | Message |
---|
pembangunanRohani
Posts : 27 Join date : 15/12/2009
| Subject: INTROSPEKSI DIRI ANDA Tue Dec 15, 2009 7:13 am | |
| Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki banyak malaikat yang selalu mengadakan perjalanan yang jumlahnya melebihi malaikat pencatat amal, mereka sentiasa mencari majlis-majlis zikir. Apabila mereka mendapati satu majlis zikir, maka mereka akan ikut duduk bersama mereka dan mengelilingi dengan sayap-sayapnya hingga memenuhi jarak antara mereka dengan langit dunia. Apabila majlis telah selesai, mereka naik menuju ke langit. Beliau melanjutkan: Lalu Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung menanyakan mereka padahal Dia lebih mengetahui daripada mereka: Dari manakah kamu sekalian? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia yang sedang menyucikan, mengagungkan, membesarkan, memuji dan memohon kepada Engkau. Allah bertanya lagi: Apa yang mereka mohonkan kepada Aku? Para malaikat itu menjawab: Mereka memohon syurga-Mu. Allah bertanya lagi: Apakah mereka sudah pernah melihat syurga-Ku? Para malaikat itu menjawab: Belum wahai Tuhan kami. Allah berfirman: Apalagi jika mereka telah melihat syurga-Ku? Para malaikat itu berkata lagi: Mereka juga memohon perlindungan kepada-Mu. Allah bertanya: Dari apakah mereka memohon perlindungan-Ku? Para malaikat menjawab: Dari neraka-Mu, wahai Tuhan kami. Allah bertanya: Apakah mereka sudah pernah melihat neraka-Ku? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Apalagi seandainya mereka pernah melihat neraka-Ku? Para malaikat itu melanjutkan: Dan mereka juga memohon ampunan dari-Mu. Kemudian Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka dan sudah memberikan apa yang mereka minta dan Aku juga telah memberikan perlindungan kepada mereka dari apa yang mereka takutkan. Lalu para malaikat itu berkata: Wahai Tuhan kami! Di antara mereka terdapat si Fulan yaitu seorang yang penuh dosa yang kebetulan duduk berzikir bersama mereka. Lalu Allah menjawab: Aku juga telah mengampuninya karena mereka adalah kaum yang tidak akan sengsara orang yang ikut duduk bersama mereka. (Shahih Muslim No.4854) | |
| | | pembangunanRohani
Posts : 27 Join date : 15/12/2009
| Subject: introSPEKSI DIRI ANDA Tue Dec 15, 2009 10:19 pm | |
| 14 disember 2009_6.45-7.00mlm_warung ust DIN muzakir : muhammad aL_Athiq Marzukihadith 16 Nawawiah -menahan marah- Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhori )-semua nasihat yg RAsulullah berikan adalah bertepatan dengan org yg bertanya. -Rasulullah mengulang beberapa kali bg menyatakan keutamaan nasihat tersebut terhadap seseorg itu. diceritakan jg bhw: ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketikaitu Rasulullah duduk disebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi." Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan." Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah." Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. "Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring." Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat." kata2hikmah~ -Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. [marilah kita mengANALISIS diri] | |
| | | pembangunanRohani
Posts : 27 Join date : 15/12/2009
| Subject: iNTROSPEKSI DIRI ANDA Thu Dec 17, 2009 4:19 am | |
| 16 disember 2009_6.45-7.00mlm_warung ust DIN muzakir : Muhammad Sophee b Gani1. hadith 21 Nawawiah_ISTIQAMAH DAN IMAN_ Rasulullah - shallallahu 'alaihi wa sallam - bersabda:Dari Sufyan bin Abdillah radhiyallahu 'anhu, ia berkata: "Saya berkata kepada Rasulullah saw: 'Wahai Rasulullah, katakan kepadaku tentang Islam satu ucapan yang aku tidak bertanya sesiapapun selain engkau tentangnya'". Rasulullah saw bersabda: "Katakan: 'Aku beriman kepada Allah', kemudian istiqamahlah." (HR muslim)2. BEBAN ISTIQAMAH“Apa yang telah menjadikan engkau tua beruban?” tanya sahabat kepada baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. “Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud…” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dalam sepotong hadith yang direkod dari Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma. Itulah beban surah Hud, surah yang memperkatakan tentang istiqamah, bahawa setelah hati disentuh iman, hidup bersama iman dan akhirnya mati dengan iman. RUKUN ISTIQAMAH(berlandaskan rukun-rukun yg telah Allah bentang di dalam AlQuran) Firman Allah SWT di dalam surah Hud ayat 112 hingga 115: RUKUN PERTAMA: JANGAN MELAMPAU DALAM BERAGAMA“(112) Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” RUKUN KEDUA: JANGAN CENDERUNG KEPADA GOLONGAN YANG ZALIM"(113)Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." RUKUN TIGA: DIRIKAN SOLAT"(114) Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat." RUKUN EMPAT: BERSABARLAH"(115) Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan." (utk bacaan tambahan,teruskan di.. [You must be registered and logged in to see this link.] ) [marilah kita mengANALISIS diri] | |
| | | pembangunanRohani
Posts : 27 Join date : 15/12/2009
| Subject: iNTROSPEKSI DIRI ANDA Thu Dec 24, 2009 3:27 am | |
| 23 disember 2009_6.45-7.00mlm_warung ust DIN muzakir : Muhammad Danial b RazaliSyeikh Abu Hasan Asy-Syazili bercerita bahawa dia pernah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah [sallallahu3alaihiwasallam]. Ketika kejadian tersebut,kebetulan malam baik dan berkat, yakni pada malam 27 haribulan Ramadhan atau malam Lailatul Qadar dan malam Jumaat pula. Dalam kesempatan itu, dia ingat bahawa Baginda berkata.. "Wahai Ali! Bersihkanlah pakaianmu dari setiap kotoran. Engkau akan memperolehi rahmat Allah dalam segala-galanya." "Pakaian apa yang kau maksudkan itu wahai Rasulullah?" tanya Asy-Syazili. Lalu Baginda Rasulullah [sallallahu3alaihiwasallam] menerangkan bahawa Allah s.w.t. telah memakaikan LIMA pakaian kepada baginda. yang pertama, pakaian MAHABBAH yang kedua, pakaian MA3RIFAT yang ketiga, pakaian TAUHID yang keempat, pakaian IMAN yang kelima, pakaian ISLAMKemudian diterangkan pula maksud daripada lima pakaian itu. pakaian mahabbah -barang siapa cinta kepada Allah, maka segala sesuatu selain Allah adalah tidak bererti atau hina baginya. pakaian ma3rifat -barang siapa yang kenal dan mengetahui akan kebesaran Allah, maka segala sesuatu selain-Nya, menjadi kecil baginya. pakaian tauhid -barang siapa yang bertauhid kepada Allah, dia tidak akan mempersekutukan-Nya, yakni tidak memuja selain kepada Allah. pakaian iman -barang siapa beriman kepada Allah, dia akan berasa aman dari segala sesuatu. pakaian islam -barang siapa yang ISLAM, yakni menyerah diri kepada Allah, dia tidak akan bermaksiat kepada-Nya. DAn jika terlanjur berbuat maksiat, dia cepat-cepat memohon ampun kepada-Nya, Allah akan mengampunkannya. Rasulullah sallallahu3alaihiwasallam bersabda bahawa barangsiapa cinta kepada Allah, menjadi rendah dan hina segala sesuatu yang lain. Kerana seseorang yang mencintai sesuatu, dia akan berjuang dan berkorban demi kekasih yang dicinta. Dia tidak akan kenal penat dan derita kerana semata-mata mencari redha kekasihnya. Dia juga tidak melihat apa-apa di alam ini kecuali semua adalah kerja Kekasih yang maha mulia dan dermawan. Pada akhirnya, dia akan berasa bahawa apa sahaja yang dibuat oleh Kekasih akan disukainya. [marilah kita mengANALISIS diri]
Last edited by pembangunanRohani on Tue Dec 29, 2009 4:54 am; edited 1 time in total | |
| | | pembangunanRohani
Posts : 27 Join date : 15/12/2009
| Subject: iNTROSPEKSI DIRI ANDA Tue Dec 29, 2009 4:49 am | |
| 28 disember 2009_6.45-7.00mlm_warung ust DIN muzakir : MOhd Basyarudin Affendi
tajuk : AD-DHUHASurah ini merupakan surah makkiyah. Turun ketika Nabi SAW sedang bersendirian. Surah ini turun setelah berlaku suatu tempoh masa tiadanya wahyu baru yang turun kepada baginda sehingga menimbulkan fitnah di kalangan penduduk di Kota Makkah. Dalam hadith yang lain pula, Ibn Abbas RA berkata, bahawasanya Ummu Jamil (isteri Abu Lahab) telah berkata, "Malaikat dan wahyu sudah tidak turun lag. Tuhan telah memutuskan hubungan dengan dia". kemudian Ummu Jamil telah menyebarkan perkara tersebut ke khalayak ramai. Akibatnya Rasulullah SAW berasa susah hati. Lalu Allah telah menurunkan Surah Ad-Dhuha. Ayat 1: - Demi waktu DhuhaPenjelasan : Allah bersumpah dengan waktu Dhuha (waktu naik matahari) Ayat 2: - Dan demi malam apabila telah sunyiPenjelasan : Allah bersumpah dengan waktu malam (apabila ia menjadi gelap) Ayat 3: - Tuhanmu tiada meninggalkanmu dan tiada (pula) benci padamuPenjelasan : Allah tidak sekali-kali meninggalkan Rasulullah SAW bersendirian sewaktu fitnah melanda.Allah bersumpah bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah SAW pada waktu Dhuha ataupun waktu malam. Allah telah menjaga Rasulullah sebelum baginda diangkat menjadi Rasul,bahkan semenjak kecil lagi. Ayat 4: - Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaanPenjelasan : Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin Agung di dunia dan di akhirat. Ayat 5: - Dan kelak tuhanmu pasti memberikan kurnianya kepadamu lalu hati kamu menjadi puas.Penjelasan : Akan diberikan kepada Rasulullah SAW (di akhirat) segala nikmat yang paling besar yakni boleh mensyafaatkan sekalian manusia dan juga sungai Al-Kautsar di dalam syurga. Ayat 6: - Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang anak yatim, lalu Dia melindungimu.Penjelasan : Setelah kewafatan ibu baginda, Allah telah mengirimkan orang-orang yang menjaga Nabi Muhammad SAW sehingga dewasa. (Abdul Mutalib, Abu Talib) Ayat 7: - Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.Penjelasan -Setelah tiba masanya, Allah melantik Muhammad Bin Abdullah sebagai seorang Rasul. Ini bermakna Allah telah menaikkan darjat baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul. Ayat 8: - Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupanPenjelasan - Rasulullah dicukupkan dengan ilmu-ilmu dan nikmat-nikmat malah bersama dengan mukjizat baginda. Ayat 9: - Adapun terhadap anak yatim maka janganlah diambil hartanya.Penjelasan: jangan kita sentuh(makan) harta anak-anak yatim. Ayat 10: - dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknyaPenjelasan: hormati orang lain serta beringat-ingatlah dengan nikmat yang kita ada. Ayat 11: - Dan terhadap nikmat tuhanmu maka hendaklah kamu sentiasa bersyukurPenjelasan: kita harus mensyukuri nikmat Allah dengan menggunakannya ke arah yang betul. Kesimpulan Kalau kita telah ditimpa musibah,maka janganlah kita berasa lemah. Kerna..kita mungkin bakal dihadiahi dengan perkara yang lebih baik dengan syarat : KITA HARUS BERUSAHA LEBIH UNTUK MENJAGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH s.w.t. [marilah kita mengANALISIS diri] | |
| | | pembangunanRohani
Posts : 27 Join date : 15/12/2009
| Subject: iNTROSPEKSI IMAN Tue Jan 05, 2010 2:37 am | |
| 4 Januari 2010_6.45-7.00mlm_warung ust DIN muzakir : Abdullah Asyraftajuk: BUAT IRBIDIAN1.BACALAH / IQRA' iqra' atau bacalah merupakan wahyu pertama yang telah diturunkan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w..pernahkah kita terfikir?mengapa nabi kita tidak disuruh melaksanakan solat terlebih dahulu?sebaliknya disuruh diutamakan membaca!yakni menimba ilmu lebih diutamakan..apakah signifikan yang kita dapat lihat di sini? kita sebagai pelajar yang sentiasa sibuk membaca pelbagai bahan yang diperlukan sebagai persiapan sebenarnya terlupa suatu benda..iaitu..pembacaan tambahan.jelas dalam kalangan kita baik malizi mahupun arabi,jika ditanya,bahan bacaan apa yang kita baca?tentu sahaja jawapannya buku-buku teks yang ditetapkan oleh pihak universiti(oleh duktur). kita cuba lihat bagaimana persediaan disebalik seorang ulama mahupun tokoh terkenal.adakah cukup dengan apa yang dipelajari dikelas?sudah tentu tidak tetapi diiringi oleh persediaan rapi dan bacaan tambahan/sisipan di luar kelas. 2.DEMI MASA / WAL-ASR satu persoalan yang kita mungkin pernah terfikir.mengapakah kita mampu beriltizam dengan solat pada awal waktu dan para syabab tentunya sembayang 5 waktu di MASJID JAMIAH. tetapi, kita masih lagi dibelenggu dengan masalah pengurusan masa baik ketika program mahupun tidak.kadang-kala pelaksanaan sesuatu program itu menjadi terbantut gara-gara sikap kita semua yang gagal mematuhi masa.walaubagaimanapun,ade segelintir daripada kita yang mampu menepati masa,tetapi telah menjadi mangsa dek kerana sikap segelintir yang lain pula.pernahkah rasa bersalah?? ketahuilah bahawa kekalahan tentera britain ketika menyerang turki uthmaniyah pada percubaan pertama telah gagal! dan kegagalan ini adalah berpunca drpd masa! jam tgn para tentera britain ketika itu tidak diselaraskan secara keseluruhan.ketika ketua mereka menyuruh tenteranya menyerbu kubu turki uthmaniyah selepas 2 minit bermula drpd tembakan meriam,namun para tenteranya hanya bertindak selepas 5 minit selepas tembakan meriam.akibatnya,mereka telah gagal untuk menawan turki.maka besarlah makna masa walau seminit lebih-lebih lagi ketika peperangan.sedarkah kita sebenarnya sedang ber"perang"? 3.SIKAP pernahkah kita dengar ada orang menyebut: "Yahudi tidak gentar dengan masyarakat Islam selagi mana mereka tidak pandai beratur ketika menaiki bas." kita sebenarnya sering memandang enteng perkara-perkara yang kecil walhal perkara itulah sebenarnya kunci terhadap sesuatu perkara yang besar. [marilah kita mengANALISIS diri] | |
| | | pembangunanRohani
Posts : 27 Join date : 15/12/2009
| Subject: iNTROSPEKSI IMAN Sun Jan 10, 2010 6:43 am | |
| 9 Januari 2010_6.45-7.00mlm_warung ust DIN muzakir : Abdul Munir b Sanusitajuk: Kesedaran Kitakita di Irbid ini sentiasa boleh membuka internet bukan?dengan facebook dan macam-macam lagi perkara. Tetapi,di samping perbagai perkara, kita patut lebih selalu update dengan segala apa yang berlaku di Palestin. Seperti mana yang kita tahu, 3 hari yang lepass (6 Jan) telah tiba lah 1 convoy ke palestin. Cuba kita berkongsi disini. Siapakah yang telah mengetuai convoy tersebut??siapa agaknya??beliau bukanlah seorang berbangsa arab. Orang yang telah bersuara tersebut adalah orang dari parlimen British sana bukan?kes Convoy ini bermula 6 Disember tetapi tiba pada 6 Januari.sepatutnya sampai dalam 27 Disember tetapi disebabkan betapa jahanamnya Opressor ini! "Peperangan ini bukan antara Muslim dengan Yahudi tetapi antara Opressor(penekan) dengan opressed(ditekan)" beliau menambah, "siapakah Opressor itu?Husni Mubarak,Mahmud Abbas dan keluarga-keluarga Diraja Saudi" mengapa dikatakan Raja-raja di Saudi?kerana tiada walau seorang pun pemerintah (baik saudi mahupun negara-negara Arab lain) yang berani mempertahankan Convoy ini. Tetapi hanya ada 2 sahaja pemimpin yang berani bersuara mempertahankan Convoy ini.dan mereka bukanlah daripada keturunan Arab.salah seorangnya ialah Mahathir Mohamad. Tiada seorang pun pemimpin Arab yang bersuara hatta Raja Jordan sendiri pun tidak berbuat apa-apa. Yang menyokong hanyalah rakyat ataupun menteri-menteri kecil sahaja. Convoy yang mahu menghantar bekalan makanan itu sepatutnya melalui Jordan(Aqabah-Nuwaiba') tetapi tidak berhasil dan terpaksa mengambil jalan lain iaitu: Laut mediterranean. salah satunya antara peserta Convoy tersebut adalah seorang doctor Arab dari Mesir.dan Beliau ditanya : mengapa pemimpin Arab tidak menyokong malah menekan lagi. dimanalah semangat kemanusiaan kamu?! itulah kata-kata manusia barat yang bukan muslim. Dimanakah sebenarnya orang Islam yang lain?telah hilang 'Izzah Islam dari hati-hati kita semua. di dalam doa rabitah ada disebut : "Ya Allah, kau berikan lah aku cukup dari segala benda supaya aku tidak bergantung kepada manusia" kita kena selalu mohon daripada Allah supaya mencukupkan kita tentang semua perkara termasuk harta, akademik dll. Kata orang Arab di sini:"hati kami adalah seperti Singa, tetapi hati pemimpin-pemimpin kami,adalah seperti Keldai" "cukup kalau hanya org Islam Arab bersatu, cukup utk menggulingkan Amerika dan Yahudi." tetapi..bagaimana pula dengan tindakan kita?semua bermula dengan individu.dalam masa kita menegur org,kita juga perlu mengubah diri kita. bermula sedikit demi sedikit. kita bermula dari peringkat bawah dan masuk dalam masyarakat. Begitulah yang telah Rasulullah ajarkan kepada kita. "Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka"." [alMulk:10] sebelum tiba hari itu dan disesali oleh kita,maka ubahlah diri kita dari sekarang.beze antara org Islam dan Kfir adalah kita percaya bahawa adanya Hari Kebangkitan.apa yang kita buat utk Islam?kitalah Perencana Islam.jangan kita sekat org yg hendak membuat kebaikan(dengan cara menyindir) Konvoi Lifeline tersebut dapat disambung dissini [You must be registered and logged in to see this link.][marilah kita mengANALISIS diri] | |
| | | pembangunanRohani
Posts : 27 Join date : 15/12/2009
| Subject: iNTROSPEKSI IMAN Tue Jan 12, 2010 2:57 am | |
| 11 Januari 2010_6.45-7.00mlm_warung ust DIN muzakir : aiman majdi b. abdullah akhilitajuk: AKHLAKhadith 18 Nawawiah_BERTAQWA DAN BERBUDI MULIA_ Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdur-Rahman Mu’adz bin Jabal ra, menerangkan, Rasulullah saw bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan ikutilah keburukan dengan kebaikan, mudah-mudahan yang baik itu akan menghapusnya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji”. (HR. Tirmidzi dan ia berkata, “Ini adalah hadits hasan” dan di sebagian kitab disebutkan sebagai hadits hasan shahih).
walaupun hadis ini pendek tapi hadis yg dikumpul adalah yg berkait rapat dgn kehidupan kita dan kalau dilihat, kita dpt mempraktikkan semua ke-4O hadis dlm hidup kita dan jd panduan berjaya diakhirat nt. selaku org yg mengaku sbg muslim,muhammad sbg rasul,Allh sbg tuhan,kita bkn hidup didunia saje suke-suke tetapi ada matlamat akhir kita dan apa yg perlu kita capai. dan Hadis 40 ini kita perlu habiskan walaupun sekali dalam hidup kita. kerana hadis ini sememangnya byk membantu kita selain drpd Alquran. Hadis tadi rasulullah telah menerangkan kpd kita 3 perkara: 1. Bertaqwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Inilah yg paling besar sekali. Kena takut kpd Allah walau seorang,berdua,bertiga dan seterusnya. Apa maksud taqwa?kata mudahnya : BUAT SEGALA APA YANG ALLAH SURUH DAN MENINGGALKAN SEGALA YANG DILARANG. dalam hadis ini merupakan ayat suruhan bukan?kalau dilihat pada ayat ini sahaja, ayat ini telah merangkumi kehidupan kita secara keseluruhan. bertaqwalah kita walau dimana dan setiap masa selagi bertitle muslimm!kita percaya bahawa Allah sentiasa ada bersama-sama dgn kita.jadi benda inilah yg akan menjaga kita terutamanya pada waktu keseorangan. walaupun begitu,hari ini kelihatan terbalik yg berlaku.kalau kita keseorangan,kita masih boleh berfikir : ada Allah melihat aku;ada malaikat mengawasi aku. apa yg terbaliknya adalah : orang sekarang lebih berani membuat kejahatan terang-terangan.sbb apa?kerana kawan-kawan juga buat~katakanlah skala dosa itu 10:bahagi-bahagi dosa itu kpd beberapa portion(mengikut bilangan org yg join) berbanding dgn membuat dosa keseorangan.habis sapu semua dosa itu 10 katakan. 2. Dan ikutilah keburukan dengan kebaikan, mudah-mudahan yang baik itu akan menghapusnyawalaupun kita telah mengikut syarat diatas(iaitu taqwa) tetapi kita sebagai anak adam tidak akan pernah terlepas drpd melakukan kesilapan & dosa.baik sengaja mahupun tidak.jadi rasulullah telah memberi peluang kpd kita : kalau kita sudah TERbuat silap,nk tebus balik,buatlah baik utk cover.selagimana bukan dosa-dosa besarlah. Macam-macam cara kita boleh cuba hapuskan dosa : solat,zakat,buat baik dengan kawan,ibu bapa. lihat betapa ALlah sayangkan kita dengan sifat ghafur Allah.jadi,selagi mana kita boleh meminta ampun drpd Allah,segeralah minta ampun. 3. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpujiini skop yg cukup luas.kita hidup mesti jumpa dgn orang bukan?kita mualamah dgn kawan dan cikgu,duktur dan seterusnya. kita jaga akhlak kita.kita sentiasa berbuat baik pada kawan kita,tidak kutuk dia,dan segala yg difikirkan baik. Kerana akhlak yg baik antara timbangan yg paling besar di akhirat nanti bukan? sebagaimana sabda baginda shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat ketika diletakkan di timbangan amal (di hari akhir) selain akhlak yang baik.” (Shahihul Jami’, No. 5602) dan bermacam-macam lagi ayat alquran dan hadis yg bercakap mengenai akhlak yg mulia ini sampai ada juga hadis mengatakan yang paling hampir dengan anbia' adalah org yg berakhlak mulia. Suatu kali Aisyah pernah ditanya tentang akhlaknya Rasulullah saw lalu dia menjawab dengan kalimatnya yang singkat: "Akhlak beliau adalah Al-Quran." kesimpulan1. HAK ALLAH keatas kita : kita semua perlu jaga semua HAk ALLAh.kita yakin Allah lah pemilik diri dan penguasa diri kita yg sentiasa mengawal diri kita. 2. HAK MUKALLAF : hak sbg orang yg dipertanggungjawabkan hidup di atas muka bumi ini dan menjalankan kebaikan dan bertaubat atas kesalahan. 3. HAK HAMBA : hak manusia keatas manusia yg lain walau dengan hanya 10 minit,sama-samalah kita beramal dengan apa yang telah kita perolehi drpd perjumpaan singkat ini.moga-moga kita dapat sampaikan kepada yang lain walau dalam sembang-sembang. "SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MANUSIA YANG LAIN" [marilah kita mengANALISIS diri] | |
| | | pembangunanRohani
Posts : 27 Join date : 15/12/2009
| Subject: iNTROSPEKSI IMAN Thu Jan 14, 2010 4:03 am | |
| 13 Januari 2010_6.45-7.00mlm_warung ust DIN muzakir : Muhamad Syamil b Mohamad Salmitajuk: PEMUDA Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.[kahfi] Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."[kahfi] Seperti mana yg kita sedia tahu, ayat ini menceritakan tentang pemuda yg ditidurkan di dalam gua beratus tahun dan dibangkitkan dan masih menegaskan agama mereka. Di sini Allah menegaskan tentang kisah perjuangan pemuda. Allah telah muliakan kelompok ini!siapakah dalam kelompok ini?mereka adalah pemuda-pemuda yg mempunyai kekuatan, ketabahan yg kuat. Merekalah pemuda-pemuda yg sebaya dengan kita! Mengapa Allah gambarkan pemuda?sebab PEMUDALAH TONGGAK KEPADA PERUBAHAN dalam tamadun mahupun revolusi. tapi pemuda bagaimana yg Allah maksudkan?merekalah pemuda yg beriman. Kekuatan & ketabahan mereka untuk kembali dikejutkan setelah rehat yg panjang untuk meneruskan perjuangan. Kekuatan mereka itu berpunca daripada IMAN yg mendalam. Jadi, pemuda tanpa iman adalah sia-sia. Adakah cukup dgn hanya beriman?Allah berkata lagi " dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk". Iman yg sedia ada sememangnya sudah fundamental iaitu asas dalam diri mereka. tetapi adakah cukup dgn hanya beriman?TIDAK. sebab itu Allah menambahkan lagi iman,kejayaan dan petunjuk kepada mereka tentang orientasi perjuangan yg betul. Setengah pemuda yakin dgn apa yg mereka imani tetapi langkah perjuangan mereka membawa kepada kesesatan atau huru-hara.tidak ramai yg betul-betul mendapat hidayah drpd Allah s.w.t. Allah menambah : Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid). Allah satukan dan digembleng kekuatan mereka ini di dalam satu saf. Kenapa? kerana perubahan itu tidak mampu dibawa oleh seorang sahaja. Jadi, kekuatan itu perlu disatukan dalam satu barisan dimana mereka ini merupakan orang-orang beriman. Allah menggembleng hati-hati para pemuda dalam satu saf. Ini menunjukkan bahawa perubahan itu menuntut barisan, kumpulan dan sama-sama membawa perubahan. Allah menggambarkan lagi bahawa pemuda-pemuda itu adalah orang yg BANGKIT. Kalau kita lihat, Saidina Umar al-Khattab berkata : Apabila mana aku menghadapi masalah-masalah besar negara, orang yg aku cari adalah pemuda-pemuda. Sifat pemuda adalah orang yg BANGKIT, bukan mereka yg duduk di tepi-tepi jalan. Mereka bersuara terhadap sekeliling. Apa yg menjadi kemasyhuran pemuda adalah apa yg mereka bawakan. Mereka halakan masyarakat kepada perubahan. Apa lagi ciri pemuda ini adalah yg lantang bersuara. Menggambarkan pemuda-pemuda ini berani dan lantang dalam menyuarakan aqidah perjuangan mereka. Kalau kita lihat dalam sejarah, siapakah yg telah membawa ummah kepada perubahan?Sekarang yg menggerakkan pelbagai demonstrasi mahupn sebarang aktiviti adalah MAHASISWA.pelajar kampus dan kolej. Orang-orang tua tidak mampu membawa perubahan lagi. Mereka mempunyai pengalaman dan nasihat tetapi yg bakal menggerakkan perubahan adalah jiwa pemuda. Mereka adalah yg berani mendeklarasikan bahawa "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran". Mereka berani memperjuangkan Kebenaran, alHaq! Apa yg kita perlukan adalah satu team daripada kalangan para pemuda hari ini yg mampu membawa perubahan dalam masyarakat kita hari ini. kalau bukan kita,SIAPA LAGI? [marilah kita mengANALISIS diri] | |
| | | pembangunanRohani
Posts : 27 Join date : 15/12/2009
| Subject: muhasabah iNTROSPEKSI IMAN Fri Jan 22, 2010 5:45 am | |
| Bismillahirrahmanirrahim..
وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat Bagi orang-orang yang beriman (Surah Az-Zariyat, Ayat 55)
Alhamdulillah! Perjalanan Introspeksi pada kali ini telah mengalami beberapa perubahan termasuk perpindahan ke Warung Din terkenal Irbid! Sudah tentunya perubahan ini adalah bagi memudahkan semua orang(syabab) untuk mengambil kesempatan dan mengisi kekosongan masa serta memenuhi rintihan roh masing-masing yang dahaga dengan peringatan atau tazkirah ringkas. Walaupun begitu, kedudukan dan masa yang strategik tidak menjanjikan tumpuan atau keseronokan. SEMUA syabab PERMAI telah pun dijemput tanpa sebarang kekangan umur dan had takhasus ke majlis ilmu serba ringkas ini. Kami juga sudah berusaha sedaya upaya menyediakan para muzakkir khas bagi hari-hari tertentu dan Alhamdulillah mendapat sokongan padu daripada mereka. Jutaan terima kasih diucapkan dan moga Allah membalas jasa kalian. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan redhaNya. Butiran: • waktu : sejurus selepas solat rawatib ba3diah isyak • lokasi : Rumah TV kita bersama (Warung DIN) • kuota : tiada limitasi kapasiti • durasi : 10 minit sahaja. (belum pernah lebih).para muzakkir yg sgt menjaga waktu! tahniah! POST mengenai senarai yang terdahulu boleh dirujuk di sini. [You must be registered and logged in to see this link.]POST mengenai laporan introspeksi boleh didapati di sini. [You must be registered and logged in to see this link.]Serba sedikit, pihak kami juga telah berusaha bagi memudahkan malah memberi peluang kepada seluruh ahli Irbid yang tidak dapat menghadirkan diri supaya mendapat peluang untuk beroleh sedikit manfaat, jikalau ada, daripada majlis ringkas ini, dengan mengambil ruangan di dalam FORUM kita. Tetapi sudah tentunya menghadiri majlis ini lebih berkatnya, InsyaAllah. Dengan ini, berlabuhlah sudah tirai introspeksi bagi semester 1. Setinggi-tinggi kesyukuran kita ucapkan kepada Allah dan terima kasih tiada terhingga buat para muzakkir, krew warung DIN , dan semua yang telah menolong. Moga ada nilai di sisiNya. [BERSAMA MENGHAYATI ISLAM] : berPERMAI hingga ke syuga : | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: INTROSPEKSI DIRI ANDA | |
| |
| | | | INTROSPEKSI DIRI ANDA | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |