Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat.
Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemuliaan di sisiNya. Insya Allah.
Alhamdulillah,seinfiniti syukur kerana masih bernyawa. masih meniti kehidupan rutin mahasiswa. mencari dan menyelak lembaran-lembaran khazanah ilmu di bumi Nya. menelaah setiap madah dgn hati bersalut suka. kita masih di suruh mentaatiNya setiap masa.
. . . .sekarang. . .
adakah ilmu-ilmu yang anda perolehi di Universiti sudah memuaskan anda?
benarkah sudah cukup bersedia dengan apa yang kita tahu setakat ini?
tidakkah kita perlu bersedia untuk membawa tanggungjawab di Malaysia kelak?
perlukah kita sentiasa mengundurkan diri tatkala perbahasan agama di bentangkan?
adakah kita tidak perlu tahu secara mendalam dalam bab agama?
adakah tanggungjawab menyebarkan ISLAM itu hanya pada ustaz ustazah?
bagaimana pula dengan akhlak kita yang mendukung title muslim muslimah?
tidakkah kita sedar bahawasanya kita adalah pencorak realiti masa hadapan ummah Malaysia
. . . .atau kita masih mahu menuding jari kepada orang lain?
di Alam universiti inilah sebenarnya peluang untuk kita menerokai pelbagai cabang-cabang ilmu dan juga masa di mana kita mencari dan bakal menemui identiti kita buat masa hadapan.
:sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna:
AyuHlah kita berlumba-lumba mengejar dan merebut segala peluang dan ganjaran yang sememangnya sudah lama terhidang di depan mata.
it's really worth itTAFAQUH MINGGUAN
KITAB:MUQADDIMAH HADHRAMIAH
SYABAB : BAYT PERMAI
6.30 MALAM
SETIAP KHAMIS
AKHAWAT : MASJID ABDULLAH TAL
8.00 PAGI
SETIAP JUMAAT
FIRMAN AL-KHALIQ kita:
Mafhumnya: “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka untuk berzikir kepada Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik”.[Q.S. Al-Hadiid : 16]
Semoga Allah sentiasa membimbing kita sehingga selalu dalam Hidayah dan Taufiq-Nya. A~min.